Tatamain Tom Clancy's Rainbow Six Siege

Permainan video ini ialah sebuah permainan penembak diri-pertama yang boleh dimainkan secara luar atau atas talian. Dalam set permainan, 10 orang akan berentap dalam dua kumpulan berlima yang ditugaskan sebagai kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan. Kumpulan ini berentap dalam salah satu daripada latar-latar permainan yang tersedia; terdapat 20 buah latar permainan dalam R6S setakat kini. Matlamat utama permainan adalah berdasarkan mod-mod permainan yang dipilih.